Muka Mula Berkedut, Ini Reaksi Amy Mastura
By
Unknown
—
Tuesday, 7 March 2017
—
Add Comment
loading...
Muka Mula Berkedut, Ini Reaksi Amy Mastura
Apabila umur semakin meningkat, sememangnya kulit akan mula berkedut kerana ketuaan.
Ada yang mendapatkan rawatan botoks untuk kelihatan muda.
Namun Amy Mastura telah menolak kaedah penggunaan botoks itu atas side effect jangka panjang.
Amy Mastura kini berumur 46 tahun dan akui sudah mula ada kedutan di wajah dan tidak berasa malu tentang keadaan itu.
Ini komen Amy Mastura:
"Tak pernah pula terlintas di hati saya nak ambil botoks. Saya takut bila bangun pagi, saya tak kenal diri sendiri.
"Jadi buat masa ini saya tak perlu botoks,"
Penyanyi dan pelakon ini telah mengambil 3 suntikan vitamin c yang semakin popular tetapi kini tidak lagi mengambilnya
"Kalau boleh saya nak kulit cantik. Sebab itu dulu pernah ambil vitamin C secara suntikan. Tapi semuanya hanya setengah jalan.
"Kesannya memang cepat, tapi cepat juga habis. Bagi saya ambil pil vitamin C juga boleh membantu,"
Amy Mastura lahir pada tahun 1971 di Perak dan memulakan karier sebagai penyanyi menerusi pertandingan Asia Bagus.
0 Response to "Muka Mula Berkedut, Ini Reaksi Amy Mastura"