Kanak-kanak 12 Tahun Ditahan Positif Dadah Ketika Serbuan AADK di Hotel Bajet
By
Unknown
—
Sunday, 26 February 2017
—
Add Comment
loading...
Kanak-kanak berusia 12 tahun kebiasaannya berada di rumah pada waktu malam menonton rancangan kegemaran di televisyen atau mengulangkaji pelajaran.
Berbeza dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini yang ditangkap di sebuah bilik hotel bajet ketika serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) malam semalam.
Kanak-kanak itu merupakan antara empat individu yang ditahan selepas ujian air kencing mereka positif dadah dalam operasi di Butterworth, Pulau Pinang.Malukan mak bapak je!
Kanak-kanak itu ditangkap bersama seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 20 tahun di sebuah bilik hotel ketika operasi Op Sarang yang dijalankan AADK di sekitar negeri itu.
Selain itu, 53.5 gram syabu dan 3.65 gram dadah jenis heroin turut dirampas.
Menurut jurucakap AADK, seramai 10 orang diperiksa ketika operasi itu dan empat daripadanya positif dadah.
“Semua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK negeri untuk tindakan lanjut,”katanya.
Bimbang memikirkan generasi akan datang, setiap hari ada sahaja berita melibatkan mereka yang dibawah umur. Seperti baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan dua mengaku melakukan hubungan seks bersama sekurang-kurangnya 13 lelaki. Apa lah nak jadi….
0 Response to "Kanak-kanak 12 Tahun Ditahan Positif Dadah Ketika Serbuan AADK di Hotel Bajet"